Palestin kini… Apa tindakan kita?

//www.friendsofpalestine.org.au/images/Palestine%20Map%20Big.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

…kita perlu membuat Qarar (keputusan) dan Israr (berterusan menyebutkan) dan akhirnya Istimrar (berterusan melakukan). Ini adalah kaedah yang penting. Lakukan setiap hari. Yakinlah janji Allah bahwa kita suatu hari pasti akan dapat menakluki kembali Aqsa, Al-Quds dan Palestin keseluruhannya!

Beliau turut berkongsi, SEPULUH KUNCI dalam usaha membantu Aqsa:

1) Keinginan (Rughbah)
2) Pengetahuan (Ma’rifah)
3) Dipraktikkan (Mumarosah)
4) Optimis (Taghawul)
5) Gambarkan (Taswur)
6) Iltizam (Iltizam)
7) Disiplin (Inthibat)
8) Sabar (Sobru)
9) Bereterusan dalam usaha (Mudawamah)
10)Felxible (Murunah)

Sumbangan boleh disalurkan ke Aman Palestin melalui akaun berikut:

  1. Bank Islam: 12029010047880
  2. Bank Muamalat: 12070005133717
  3. Maybank: 562263010787

Aman Palestin Berhad

No. 1, Jalan 3/3B, 43650, Bandar Baru Bangi

Tel: 03-89267019

Fax: 03-89259963

amanpalestin@yahoo.com

Baca selebihnya di sini

———-

Sumber: http://salwasaleh.blogspot.com/2008/04/falastheen.html

Menjadi suatu kebiasaan bagi Aman Palestin untuk menjemput pimpinan dan individu Palestin sendiri utk datang ke Malaysia dalam rangka usaha memberikan kesedaran, perkembangan terkini, latihan dan berkongsi idea dalam usaha memberikan bantuan kepada rakyat Palestin sekaligus menyelamatkan Al-Quds dari cengakaman yahudi laknatullah alaih.

Sebagai salah seorang ahli keluarga Aman Palestin (yang kadang-kadang hidup dan kadang-kadang mati, astagfirullah), kala berkesempatan, pasti akan turut hadir dalam mana2 seminar dan ceramah yang ada.

Semalam, diberi Allah peluang utk hadir sama dalam seisi TOT (training for trainers) di Putrajaya. Ucapan aluan dari Abu Hisyam begitu mengesankan. Ini kali kedua bertemu empat mata dengan beliau. Raut wajahnya tenang dalam ketegasan dan penderitaan. Suaranya jelas menggambarkan kecekalan mereka yang menjadi pelarian di Lubnan akibat kezaliman Yahudi. Ucapannya sering disambut laungan takbir oleh peserta. Itulah Abu Hisyam.

Training kemudiaanya disampaikan oleh Isa al-imad, pemegang PhD dlm human resource dan pakar kekeluargaan. Training berkisar ttg kekuatan, peranan dan langkah dalam membantu menyelamatkan Aqsa.

Menariknya, kedua-dua mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, namun tidak menjadi sedikitpun penghalang. Semua disampaikan dalam bahasa Arab dan diterjemahkan secara lansung beberapa ustaz (bergilir-gilir). Amat mengesankan apabila mendengar dari mulut mereka sendiri dalam lughah al-quran (bahasa al-quran). Malah sempat divideokan kata-kata mereka, cuma sayangnya tidak dapat dikongsikan disini.

Abu Hisyam dalam ucapannya membawa khabar:

“Di gaza pada masa ini, 105 orang pesakit meninggal dunia setiap hari kerana kekurangan bantuan perubatan akibat catuan dan penutupan sempadan” (Bayangkan saudaraku sekalian, tika kita sibuk merungut perkhidmatan di hospital swasta atau umum yang ‘tidak efficient’, mereka lansung tidak punya pilihan selain terlantar menunggu ajal!)

“Serangan berterusan di kawasan awam dan perumahan. 3-10 penduduk awam meninggal setiap hari akibat serangan.”

“Sempadan yang dibom tempohari telah ditutup kembali. Kita hanya mampu berdoa moga sempadan itu kembali dibuka dan dapatlah rakyat Palestin menerima bantuan dan keperluan asas”

Saya juga jadi teringat ketika Gaza ditutup dari bantuan luar, dari laman-laman web kita dapat ketahui, mereka bergelap, tiada pemanas ketika hawa musim dingin menyucuk-nyucuk, hatta bekalan air bersih sendiri pun tidak mencukupi.Mengikut data dari WHO, kebersihan bekalan air disana jauh lebih rendah dari standard minimum yang ditetapkan badan dunia itu. Innalillah, andai kita membuka mata!

“Ini adalah 3 keadaan di Quds sekarang..

1) Masjid al-Aqsa disekat sepenuhnya dari penduduk. Telah dibina tembok yang sangat tinggi yang menghalang dari orang islam utk memasuki masjid Aqsa
2) Israel telah membawa lebih banyak rakyat mereka ke kawasan Al-Quds dan. Setakat ini telah ada 700 penempatan baru dibina Israel disekitar Al-Quds.
3) Penduduk asal yang berada disana dihalau secara paksa dan rumah- rumah-rumah orang islam telah dihapuskan.”

Kalaulah kita mendengar semua ini, kemudian masih berpeluk tubuh, periksalah hati dan jiwa…benarkah mengaku sebagai orang islam?

Isa al-imad pula pada awal pembentangan dengan jelas menegaskan:

“Al-Quds adalah akidah.kalau kamu beriman kpd Allah tiada ada pilihan bagi kamu.Tidak sempurna iman selagi kita tidak berusaha membebaskan Aqsa!!!”

Katanya, umat islam sekarang lebih tertumpu pada kelemahan. Bila ditanya kelemahan, berjela-jela dapat dijawap. Bila ditanya kekuatan, semua tersipu-sipu malu menjawap. Mengapa harus malu?Mengapa? Mengapa tidak kita gunakan kekuatan kita??? Usir rasa malu itu, bina kekuatan dan jadikannya sbg senjata!!

“Tidak boleh bekerja berseorangan untuk membantu Aqsa. Perlu bekerjasama, lebih ramai, lebih baik. Jadikan perbezaan diantara kamu sebagai satu kekuatan. Apabila semua yang memiliki keistimewaan dan anugerah yang berbeza digabungkan, maka akan wujudlah suatu kuasa yang besar dan dapat membantu menyelamatkan Aqsa”

Katanya lagi, kita perlu membuat Qarar (keputusan) dan Israr (berterusan menyebutkan) dan akhirnya Istimrar (berterusan melakukan). Ini adalah kaedah yang penting. Lakukan setiap hari. Yakinlah janji Allah bahwa kita suatu hari pasti akan dapat menakluki kembali Aqsa, Al-Quds dan Palestin keseluruhannya!

Beliau turut berkongsi, SEPULUH KUNCI dalam usaha membantu Aqsa:

1) Keinginan (Rughbah)
2) Pengetahuan (Ma’rifah)
3) Dipraktikkan (Mumarosah)
4) Optimis (Taghawul)
5) Gambarkan (Taswur)
6) Iltizam (Iltizam)
7) Disiplin (Inthibat)
8) Sabar (Sobru)
9) Berterusan dalam usaha (Mudawamah)
10)Flexible (Murunah)

Adakah susah? Andai kita yakin dengan Qarar kita, kemudian tidak henti Israr dan istiqomah dalam Istimrar, in sya Allah, pertolongan Allah itu amat dekat. (Maaf saya tidak dapat menghuraikan satu persatu kunci2 ini disini. Panjang nanti jadinya!)

Kata-kata terakhir yang ingin dikongsikan dari Isa al-Imad:

“Susahkah wahai saudaraku utk kamu meluangkan hanya 5 minit dalam sehari, menadah tangan, berdoa utk kesejahteraan dan dipermudahkan urusan saudara-saudara di Palestin? Banyakkah andai kamu setiap hari hanya mengeluarkan RM1 utk membantu mereka yang berjuang bermati-matian disana? Dan banyakkan masa selama 5 minit setiap hari utk kamu membicarakan soal Palestin kepada mereka-mereka yang masih belum mengetahui? Saudaraku, HANYA 10 MINIT & RM1 SETIAP HARI, adakah kamu tidak mampu?”

Allahu’alam. Tepuk dada, tanyalah iman dan usaha anda!!!

Wallahu’alam
Moga ada khair dan berkah dalam setiap amal!

Wardah as-Syauk

21 Rabiul Akhir 1429H
28 April 2008

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply