
Iltizam adlh salah satu tajuk yg kami minta pak syarif isikan dlm satu program nasional baru2 ni.
Pak Syarif adlh seorang ikhwah indonesia yg bekerja sbg pensyarah di sebuah IPTA tempatan. Kupasannya bagus banget sih! cuma aku sedikit distracted bermain dgn solahuddin the warrior di belakang dewan.
Tapi tujuan entry ni bukannya untuk berkongsi dgn detail kandungan penyampaiannya (nnti aku upload dkt file section - widget paling bawah sblh kanan page ni utk manfaat bersama). tapi cuma nk sentuh satu elemen penting dlm iltizam, iaitu istiqamah.
umumnya, iltizam boleh diertikan sbg perlakuan di mana kita bersungguh2 berpegang teguh/erat dgn sesuatu. ia agak synonymous dgn erti istiqamah iaitu jalan yang lurus yang tidak ada penyimpangan.
oleh kerana itu, org yg beriltizam dgn islam seharusnya akan terus istiqamah dlm beramal walau mcm mana hebat pun ujian internal& external yg ditimpakan ke atasnya. muslim yg multazim adlh muslim yg mustaqim (kekal istiqamah & konsisten).
Jadi persoalannya, dlm konteks seorang muslim yg ditaklifkan amanah sbg seorg da’ie & bekerja scr kolektif, bagaimana hendak istiqamah dlm beramal?
Aku suka utk ringkaskan jawapan kpd 3;
1) cari bi’ah yg solehah (persekitaran / suasana yg baik)
2) pastikan kita ada usrah yg berjalan (ditarbiyyah)
3) pastikan kita membawa usrah (mentarbiyyah - ada binaan dakwah)
Ini antara kesimpulan drpd bermu’ayashah (berinteraksi) dgn org2 lama yg masih lagi tegar bekerja. Walau mcm mana hebat pun seseorang itu; baik dr thaqafah islamiyyah dan amal2 kebaikan yg pernah dilakukannya, dia tetap takkan terlepas drpd tipudaya syaitan yg berbagai bentuk. Apatah lagi org yg x hebat mcm kita ni, kita sgt perlukan 3 elemen ini.
Bi’ah, ditarbiyyah & mentarbiyyah seharusnya menjadi asbab (sebab2) diturunkan keberkatan dlm hidup kita, disucikan jiwa kita & dipermudahkan urusan seharian kita. Inilah faktor2 yg mampu membuatkan kita sentiasa berdisiplin & mendorong kita membuat amal2 kebaikan dgn ikhlas, tanpa jemu & keluh kesah.
Apa pula pesan dari al-quran? Allah mengingatkan kita utk terus memotivasikan diri dgn salat & sabar. Ini kunci kekuatan utk terus mendapat berkat pertolongan drpd Allah.
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ (2:45)
Semoga dgn doa rabithah yg kita ucapkan mampu terus mengikat hati2 kita utk terus iltizam di atas jalan kebenaran; dulu,kini & selamanya. Seperti mana iltizamnya generasi awwalun drpd madrasah tarbiyyah ar-rasul s.a.w. insya-Allah..